Karim Benzema
Karim Benzema

Karim Benzema

† Kemunculan (Gol).
Karim Mostafa Benzema (Sebutan bahasa Perancis: [ka.ʁim bɛn.ze.ma], Bahasa Arab: كريم بنزمّة‎, lahir di Lyon, Perancis, 19 Disember 1987; umur 32 tahun) merupakan seorang pemain bola sepak profesional Perancis berketurunan Algeria yang ketika ini bermain untuk pasukan La Liga Sepanyol, Real Madrid. Dia bermain sebagai penyerang yang dapat berfungsi juga sebagai pemain tengah dan terkenal disebabkan oleh kemampuan teknik, gaya permainan, dan kemampuannya dalam menjaringkan gol.[3] Dia dijelaskan sebagai seorang "penyerang berbakat hebat" yang "berdaya tahan dan mengagumkan" dan "seorang penuntas serangan yang berkesan di dalam kotak penalti."[4]Dilahirkan di bandar Lyon, Benzema memulakan kerjaya bola sepaknya di kelab tempatan, Bron Terraillon. Pada tahun 1996, dia bergabung dengan kelab terbesar di bandar tersebut, Olympique Lyonnais, dan kemudian menembusi akademi kelab tersebut. Benzema muncul pertama kali pada musim 2004–05 Ligue 1, dan muncul secara sekala semasa tiga musim pertamanya, sementara Lyon menjuarai tiga gelaran liga. Pada musim 2007–08, dia menjadi pemain yang muncul sejak awal pertandingan secara tetap dan menjaringkan lebih daripada 30 gol dalam musim tersebut. Disebabkan pertunjukannya, Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Perancis (UNFP) menganugerahinya gelaran Pemain Terbaik Ligue 1 dan masuk ke Pasukan Terbaik. Benzema juga menjadi penjaring gol terbanyak di liga, dan memenangi Penghargaan Bravo dari majalah Itali, Guerin Sportivo. Setelah satu musim di Lyon, pada Julai 2009, Benzema menandatangani kontrak selama enam tahun dengan kelab Sepanyol, Real Madrid. Setelah berjuang keras untuk mendapat tempat utama pada musim pertamanya di Los Blancos, dia berjaya menjuarai Piala Raja Sepanyol 2010-11 dan Liga Sepanyol 2011-12 bersama pasukan Madrid tersebut dan menjaringkan sejumlah 58 gol. Pada Disember 2011, dia dianugerahkan gelaran Pemain Perancis Terbaik oleh majalah France Football.[5]Benzema merupakan bekas pemain kebangsaan junior Perancis. Dia telah bermain untuk negaranya sejak tahap U-17 ke atas. Sebelum bermain untuk pasukan senior, dia bermain untuk pasukan U-17 yang menjadi juara Eropah pada tahun 2004, bersama nama-nama seperti Samir Nasri dan Hatem Ben Arfa. Benzema muncul buat pertama kali untuk pasukan senior pada Mac 2007 dengan sebuah gol semata menonton semasa perlawanan persahabatan melawan Austria. Benzema telah mewakili Perancis pada dua pertandingan utama, Piala Eropah 2008 dan Piala Eropah 2012.

Rujukan

WikiPedia: Karim Benzema http://www.theage.com.au/sport/soccer/fat-chance-2... http://www.411mania.com/games/news/86471/%5BMulti%... http://en.afrik.com/article12840.html http://www.benzema.com/ http://www.chicagotribune.com/sports/sns-rt-uk-soc... http://sportsillustrated.cnn.com/2008/soccer/10/20... http://www.djazairess.com/fr/elwatan/94450 http://www.djazairess.com/fr/infosoir/57077 http://www.espnstar.com/football/primera-liga/news... http://fr.fifa.com/worldfootball/clubfootball/news...